Nonod^^
Assalamualaikum, Nadiah here!

Fauzan Alif's Heart ♥


Vintage Photography
Friday 17 January 2014 • 08:29 • 0 Comment(s)



Apa makna 'cinta' dan apa plak makna 'sayang'? Adakah cinta itu lebih besar dari perasaan 'cinta' ataupun 'sayang' itu lebih mendalam dari perasaan 'sayang'? Setiap kali soalan ini diajukan, lelaki pasti mengatakan bahawa 'cinta' mereka adalah agung, terlalu besar dan tidak dapat dinilaikan oleh seorang wanita.

Aku mengerti erti 'cinta' dan 'sayang' dari pengalaman yang agak menarik. 'Cinta' selalunya menyakitkan, menyedihkan, memerlukan pengorbanan dari ramai pihak. 'Cinta' yang diagungkan tidak banyak yang kekal. 'Cinta' banyak merosakkan keyakinan diri, maruah dan juga kepercayaan seseorang terhadap kehidupan yang bahagia.

Bagi aku, perasaan 'sayang' adalah satu anugerah Tuhan terhadap makhluknya. 'Sayang' tidak semestinya dibalas oleh pihak yang kedua mahupun yang ketiga. Perasaan 'sayang' yang ada dalam diri lebih luas dan mendalam terhadap setiap makhluk yang ada dibumi ini. Melihat kebahagian orang yang kita 'sayangi' merupakan satu perasaan indah yang tak mungkin dapat dinilai dengan wang ringgit.

Bagi mereka yang sedang asyik ber'cinta', cuba fikirkan, mungkin aku yang sudah melatih diri untuk tidak mempercayai kewujudan 'cinta' di dunia ini. Tapi sekiranya seseorang itu kita 'cintai' bukankah kita tidak sepatutnya bergaduh, mungkir janji, saling memarahi dan mencurigai sesama diri.

Terpulang pada diri sendiri. Cinta pada Allah sudah semestinya. Tapi jika kita dah temui insan yg sejati, cinta itu hadir tanpa disedari. Percayalah, masih ada manusia yg baik di bumi Allah ini. Aku percaya dan sentiasa menginginkan kehidupan yang penuh dengan 'sayang' yang wujud diantara manusia.

0 Comments posted :

Post a Comment


This Is Me



Follow | Dashboard
Hi! Welcome to my blog, enjoy!
Lets Talk!


Don't use harsh word!
Put your blog url, not email!
No anonym allowed here!


Greener Archive





Credit By



Template By : YukiHaura
Basecode : AyeshaKamila
Thanks For :
Owner : Nonod

Newer Posts |